The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
UTAMA
BERITA
SKUAD
TENTANG KAMI
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
KEDAI
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
BERITA
Berita & Terkini
›
Selangor Sekali Lagi Diikat PDRM
Selangor Sekali Lagi Diikat PDRM
Oct 10, 2019 - FAS
Impian Selangor untuk mengutip tiga mata penuh menentang PDRM tidak kesampaian apabila terikat 2-2 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 melalui percubaan Uche Agba.
Selangor cuba bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal sehingga tamat separuh masa pertama.
Masuk babak kedua, Selangor tampil lebih garang dengan melancarkan serangan bertali arus.
Hasilnya pada minit ke-68, pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan berjaya menyamakan kedudukan selepas menolak masuk hantaran Ifedayo Olusegun.
Selangor berjaya menggandakan jaringan apabila Ifedayo Olusegun berjaya menyudahkan hantaran Syahmi Safari pada minit ke-80 sekaligus meletakkan Selangor dihadapan.
Namun kelebihan itu tidak kekal lama selepas Lee Chang Hoon berjaya melepasi barisan pertahanan Selangor sekaligus melepaskan rembatan leret dan menewaskan Khairulazhan Khalid pada minit ke-87.
Keputusan 2-2 kekal hingga ke tamat perlawanan menyaksikan Selangor mencatat satu lagi keputusan seri.
←
Sebelum
KENALI PEMAIN SELANGOR: FARIS KAMARDIN
Seterusnya
PIALA MALAYSIA 2019: Selangor Terikat Lagi
→
BERITA FA SELANGOR
Chrigor Moraes Pecah Rekod 40 Gol Satu Musim Selangor FC
Baca Lagi
Selangor FC Menjalin Kerjasama Strategik Bersama LaundryBar Malaysia
Baca Lagi
Selangor FC Menjalin Kerjasama Strategik Bersama LaundryBar Malaysia
Baca Lagi
Reviu Perlawanan ACC Shopee Cup™ | Separuh Akhir (1) | Selangor FC 2-1 Nam Dinh FC | Bangga Dengan Persembahan Pasukan
Baca Lagi